4 Makanan Sihat Selepas Raya

Hari Raya Aidil Adha sudah berlalu. Sudah tiba masanya kita kembali kepada rutin dan pola pemakanan sihat setelah berhari-hari menikmati rendang, pulut dan daging korban.

Berikut disenaraikan 4 makanan yang boleh bantu meneutralkan lebihan makanan yang telah dinikmati sepanjang hari raya. Bolehlah diamalkan.

1. Nanas

Buah nanas mempunyai enzim yang membantu pencernaan protein haiwan. Disebabkan itu, nanas sesuai dinikmati selepas menjamu hidangan berprotein tinggi seperti daging. Kandungan vitamin C dalam nanas membantu penyerapa  zat besi yang diperolehi daripada daging. Nanas juga dapat membantu masalah pencernaan.
Nanas boleh dinikmati begitu sahaja, dibuat salad, jus atau smoothie atau dimasukkan dalam hidangan.

2. Timun

Timun mengandungi zat alkaloid yang mampu bantu menurunkan tekanan darah. Jadi timun amat bermanfaat bagi pesakit darah tinggi atau hipertensi. Selepas menikmati banyak hidangan semasa raya, jus timun dapat bantu neutralkan lebihan makanan yang dimakan.
Boleh juga campurkan jus timun dengan nanas atau lemon. Boleh juga dimakan mentah sebagai salad atau ulam.

3. Tembikai

Tembikai sangat kaya dengan air dan sesuai untuk detoks. Selain air, tembikai juga tinggi mineral. Buah ini juga mempunyai sedikit kesan perangsang saluran kencing; iaitu merangsang pengeluaran air kencing. Tembikai mampu bantu masalah dehidrasi dan gangguan keseimbangan elektrolit. 
Tembikai enak dinikmati sebagai jus dan smoothie atau dijadikan salad buah-buahan.

4. Halia

Kandungan pedas dalam halia boleh merangsang pencernaan sekaligus meningkatkan metabolisme tubuh. Sesuai dimasukkan dalam teh atau hidangan berkalori tinggi. Tapi awas, halia tidak boleh diambil terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kembung perut pada pesakit gastrik. 
Hati-hati ketika minum teh halia, pastikan teh tidak ditambah gula atau susu untuk kesan yang optimum. 

Rujukan: Majalah Sedap

Bagaimana Ujian BSP Dijalankan Ketika Puasa?

Ibu GDM yang perlu buat test BSP (Blood Sugar Profile) semasa bulan Ramadhan dibenarkan untuk tidak berpuasa.

image

Jika ibu teruskan berpuasa seperti biasa, nanti bacaan BSP tu tak tepat nak tentukan paras gula sebenar dalam darah. Bila tak tepat, susah doktor nak tentukan tindakan susulan sama ada ibu perlu kawal diet atau kena cucuk insulin.

Semasa hari ibu kena buat BSP tu, makan seperti biasa ikut waktu yang ditetapkan.

Biasanya, 4 kali bacaan akan diambil.

Bacaan pertama
8 pagi (dalam keadaan puasa dari 10 malam hari sebelumnya)

Bacaan kedua
10 pagi (2 jam selepas sarapan)

Bacaan ketiga
2 petang (2 jam selepas makan tengah hari)

Bacaan keempat
8 malam (2 jam selepas makan malam)

Sila ambil perhatian, ibu GDM yang berpuasa perlu hati-hati juga jika ada tanda-tanda kurang gula (hypoglycemia) atau dehidrasi. Perlu berbuka puasa jika memudaratkan.

Patuhi arahan yang diberikan oleh petugas perubatan demi kesihatan ibu dan bayi. Puasa yang ditinggalkan boleh diganti selepas bulan Ramadhan.

Teks oleh Zaila Hafni

Sakit Pinggang Ketika Mengandung

Teks: Zaila Hafni

Salah satu masalah yang biasa ibu mengandung hadapi apabila baby makin membesar, adalah sakit pinggang.

Kalau yang mengandung anak pertama, lagilah terasa kerana badan baru pertama kali nak sesuaikan diri dan buka ruang untuk baby. Masa sakit pinggang ni, nak bangun pun kena slow-slow, tidur pun nak kena alih-alih posisi. Nak buat kerja pun tak berapa selesa sebab tak boleh nak berdiri tegak lama. Kalau yang ada anak-anak kecik lain, memang tak daya nak dukung. Sakit pinggang nak angkat.

Kalau ikut pengalaman saya, sakit pinggang sebab kurang kalsium. Ini kalau diri saya lah. Masa mengandung selain kalsium perlu untuk badan sendiri, perlu jugak untuk baby. Maka pengambilan kalsium kena cukup untuk tampung keperluan kedua-dua sekali. Kalau tak cukup, tu yang affect ke ibu. Sebab baby ambik kalsium daripada ibu.

Kalsium tak mesti daripada susu semata-mata, cuma susu adalah salah satu penyumbang kalsium yang utama. Kalsium boleh jugak dapat daripada sayuran tertentu macam brokoli dan kekacang.

Bila tak cukup minum susu atau ambik sumber kalsium yang cukup, itulah penyebab sakit pinggang. Boleh jadi jua sakit lutut, sakit gigi… apa saja yang berkait dengan tulang.

Ada orang minum susu, tapi tak cukup. Patut ibu mengandung kena minum dalam 3-4 gelas sehari untuk dapat kalsium yang mencukupi keperluan ibu dan baby.

Saya pernah cuba, tapi tak berapa nak mampu telan susu sampai 3 ke 4 gelas sehari. 2 gelas pun cukup lah. Maka saya pernah ada pengalaman sakit pinggang yang memang seksa, bangun daripada tidur atau duduk, memang terbongkok-bongkok. Nak buat kerja pun payah.

image

Sampailah saya amalkan makan tablet kalsium-magnesium, memang ketara perubahannya. Jadi memang punca sakit belakang saya sebab kekurangan kalsium lah. Sebab bila check dengan doktor, takde masalah otot atau possible slipped disc. Bila dah makan tablet tu dalam 2-3 bulan dengan konsisten, alhamdulillah sakit pinggang boleh kata hampir hilang.

Bonusnya, tidur makin lena walaupun dengan anak-anak kecik berjaga malam, bangun pagi nak membuang pun alhamdulillah mudah.

Bila buat pembacaan, rupanya kalsium-magnesium yang diambik dengan konsisten boleh jugak bantu kurangkan darah tinggi dalam jangka masa panjang. Saya dulu masa mengandung anak pertama memang ada darah tinggi. Alhamdulillah masa mengandung kali kedua, darah tinggi dah tiada. Rupanya dengan tablet kalsium-magnesium dapat bantu sekali kurangkan darah tinggi.

Sebab tulah, saya tak boleh tinggal tablet ni. Saya amalkan tablet kalsium-magnesium Shaklee yang nama dia Ostematrix. Saya jugak pastikan saya ambik ikut dos yang ditetapkan, 4 tablet sehari. Kalau ambik kurang daripada tu, memang sakit pinggang datang balik.

Satu lagi masalah masa mengandung yang boleh juga Ostematrix ni bantu – cramp/kejang/simpul biawak waktu malam. Tu pun tanda kurang kalsium. Cuba amal tablet kalsium-magnesium, kurang kejang tu insha Allah.

Kiranya tablet ni walaupun kecik je botolnya tapi manfaatnya memang besar. Favourite ibu mengandung dan menyusu.

Kalau nak cuba, boleh komen kat sini ya. Saya akan cerita lebih detail kalau nak tahu lebih lagi.

Ujian BSP Ketika Bulan Puasa

Teks: Zaila Hafni

Ibu GDM terpaksa buat ujian BSP masa bulan puasa, dibenarkan tidak berpuasa ye.

image

Kenapa?

Sebab kalau teruskan puasa pada hari kena buat BSP, nanti bacaannya akan jadi kurang tepat.

Bacaan BSP akan diambil sebanyak 4 kali sehari. Iaitu:

Bacaan pertama pada jam 8 pagi, bacaan ketika puasa. Puasa di sini bermaksud, tidak makan bermula jam 10 malam sebelumnya hingga jam 8 pagi keesokannya. Bacaan yang normal sekitar 4.0 hingga 5.0. Jika ibu berpuasa macam biasa, dan mengambil sahur seperti biasa, dah tentu akan pengaruhi bacaan gula darah. Disebabkan itu, pada hari kena buat ujian BSP, ibu dibenarkan untuk tidak berpuasa.

Bacaan kedua, jam 10 pagi iaitu 2 jam selepas sarapan. Selepas selesai ambil bacaan jam 8 pagi, terus sarapan. Rekodkan waktu akhir selesai sarapan dan bacaan kedua akan diambil 2 jam selepas itu.

Bacaan ketiga, jam 2 petang. Juga 2 jam selepas makan tengah hari. Maka makan tengah hari harus selesai pada jam 12 tengah hari.

Bacaan keempat, pada jam 8 malam. Sama juga 2 jam selepas makan malam. Ini bermakna makan malam ibu harus selesai pada jam 6 petang. Kalau ibu berpuasa dan berbuka, bacaan gula akan jadi tidak tepat kerana bacaan perlu diambil selepas 2 jam selesai makan. Disebabkan itulah, ibu dinasihatkan untuk tidak berpuasa semasa ujian BSP.

Ibu perlu patuhi arahan dan nasihat yang diberi oleh doktor dan nurse. Ibu GDM yang terus berpuasa seperti biasa pada hari ujian BSP boleh memberikan keputusan ujian yang kurang tepat. Apabila bacaan yang diambil kurang tepat, doktor sukar membuat keputusan sama ada ibu perlu kawal diet atau suntikan insulin.

Puasa yang ditinggalkan boleh diganti selepas bulan Ramadhan. Ibu yang berisiko juga dinasihatkan tidak berpuasa jika boleh memudaratkan kesihatan ibu dan bayi.

Atasi Sembelit Ketika Mengandung

Teks: Zaila Hafni

Sembelit memang menyeksakan. Iyalah, apa yang masuk tak dapat dibuang, memang terseksa rasanya. Apatah lagi ketika mengandung.

Pengalaman saya sendiri, bila saya mengalami sembelit, saya tahu mesti saya kurang makan sayur dan buah, serta air kosong. Sebab kesemua bahan ini yang membantu atasi masalah sembelit. Bila tidak diambil dengan mencukupi, proses tubuh tidak dapat berjalan denga sempurna.

Selain daripada meningkatkan pengambilan sayur, buah dan air, saya juga amalkan pengambilan pil kalsium-magnesium Shaklee iaitu Ostematrix. Saya selalu ambil waktu malam, sebelum tidur. Jadi pagi esoknya selepas bangun tidur, insha Allah mudah buang air besar. Tapi pil kalsium bukanlah semata-mata bertujuan untuk pelawasan, cuma dapatlah juga bantu pergerakan usus dengan lebih baik. Lagipun ketika mengandung, Ostematrix boleh diambil untuk kurangkan lenguh-lenguh, sakit pinggang dan lutut serta kejang.

Perut selesa, ibu gembira 🙂

=========================

Untuk mendapatkan Ostematrix anda, boleh terus Whatsapp ke 019 460 3094 .