4 Makanan Sihat Selepas Raya

Hari Raya Aidil Adha sudah berlalu. Sudah tiba masanya kita kembali kepada rutin dan pola pemakanan sihat setelah berhari-hari menikmati rendang, pulut dan daging korban.

Berikut disenaraikan 4 makanan yang boleh bantu meneutralkan lebihan makanan yang telah dinikmati sepanjang hari raya. Bolehlah diamalkan.

1. Nanas

Buah nanas mempunyai enzim yang membantu pencernaan protein haiwan. Disebabkan itu, nanas sesuai dinikmati selepas menjamu hidangan berprotein tinggi seperti daging. Kandungan vitamin C dalam nanas membantu penyerapa  zat besi yang diperolehi daripada daging. Nanas juga dapat membantu masalah pencernaan.
Nanas boleh dinikmati begitu sahaja, dibuat salad, jus atau smoothie atau dimasukkan dalam hidangan.

2. Timun

Timun mengandungi zat alkaloid yang mampu bantu menurunkan tekanan darah. Jadi timun amat bermanfaat bagi pesakit darah tinggi atau hipertensi. Selepas menikmati banyak hidangan semasa raya, jus timun dapat bantu neutralkan lebihan makanan yang dimakan.
Boleh juga campurkan jus timun dengan nanas atau lemon. Boleh juga dimakan mentah sebagai salad atau ulam.

3. Tembikai

Tembikai sangat kaya dengan air dan sesuai untuk detoks. Selain air, tembikai juga tinggi mineral. Buah ini juga mempunyai sedikit kesan perangsang saluran kencing; iaitu merangsang pengeluaran air kencing. Tembikai mampu bantu masalah dehidrasi dan gangguan keseimbangan elektrolit. 
Tembikai enak dinikmati sebagai jus dan smoothie atau dijadikan salad buah-buahan.

4. Halia

Kandungan pedas dalam halia boleh merangsang pencernaan sekaligus meningkatkan metabolisme tubuh. Sesuai dimasukkan dalam teh atau hidangan berkalori tinggi. Tapi awas, halia tidak boleh diambil terlalu banyak kerana boleh menyebabkan kembung perut pada pesakit gastrik. 
Hati-hati ketika minum teh halia, pastikan teh tidak ditambah gula atau susu untuk kesan yang optimum. 

Rujukan: Majalah Sedap

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s